#kekalberprinsip


KIM Strim

HOBI

Satu malam aku menonton ZRA.
Aku renung dalam-dalam, dah dapati apa yang beliau ucap itu sangat benar.

Kata beliau, hobi ini sama seperti dadah. Membawa ketagihan yang sukar ditinggalkan. Sanggup perabis duit, tinggal anak bini, terjejas kerja kerana hobi.

Hobi tak salah. Tapi biarlah hobi itu tidak mengganggu ekonomi diri dan keluarga, tak ganggu pekerjaan dan punca pendapatan.

Beliau bagi satu situasi mudah faham,

"Hobi yang betul umpama ada selonggok duit atas meja, kita masukkan duit itu ke dalam semua kocek kita sampai penuh, tapi masih ada duit lebih atas meja. Duit lebih itulah yang digunakan untuk hobi".

Tapi ramai orang kena ikat perut kerana hobi. Keluaran duit layan hobi sampai bil api air tertunggak, sewa rumah tak boleh bayar, anak nak beli buku dan pakaian sekolah terpaksa meminjam. Kerana duit sendiri dah habis kat hobi.

Pernah dengar ayat 'hobi kami mahal' tak? Itu salah satu hobi yang tak patut kita ceburi.

Bila sebut 'hobi kami mahal' bermaksud duit hang tak cukup nak layan hobi tu. Kena ikat perut, kena buat 2-3 kerja demi nak 'sara' hobi mahal itu.

Hobi tak sepatutnya jadi mahal dan tak sepatutnya kena menyimpan nak layan hobi. Boleh je ada hobi main RXZ, motor besar atau supercar macam Lamborghini sekali pun. Tapi hobi itu mereka tak rasa mahal kerana income dan pendapatan mereka jauh lebih besar.

Mereka hanya gunakan duit lebihan layan hobi. Tak sampai kena pinjam duit sana sini bayar sewa rumah kerana duit gaji sebahagian dah habis kat hobi.

Banyak betul apa yang beliau cakap.

Ada orang tunjuk hobi travel keliling dunia. Rupanya hutang sana sini berlambak tak bayar.

Ada yang layan hobi sampai terjejas kerja. Hari Insin pergi klinik cari MC, tak cukup rehat balik jam 4 pagi kerana layan hobi.

Hal begitu yang salah. Dan hobi melebihi kemampuan diri ni ramai orang buat sekarang ni.

Hobi yang terpaksa keluarkan duit dalam poket itu bukan hobi yang baik. Kerana duit dalam poket itulah nak bayar api air, sewa rumah, belanja dapur, belanja anak sekolah, belanja makan, bayar kereta dan seumpamanya.

Hobi yang baik guna duit lebihan atas meja sahaja

2 weeks ago | [YT] | 244