SMK SULTAN ABDUL SAMAD, PETALING JAYA
Channel ini dibawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya.
🎥 TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, PJ – tempat kreativiti pelajar bersinar! 🌟
Ikuti kami untuk persembahan, projek sekolah, dan aktiviti menarik sepanjang tahun.
✨ Subscribe sekarang untuk aksi dan inspirasi terbaru dari sekolah kami!
#TVPSS #SMKSASPJ #SekolahBerkreatif #VideoPelajar #PersembahanSekolah
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
Stranger
Sebuah drama pendek sempena Bulan Kebangsaan SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya 2026 yang mengisahkan Sofea, seorang pelajar dari England yang memulakan kehidupan baharu di Malaysia.
Sebagai seorang pendatang baharu di sebuah negara yang asing baginya, Sofea pada mulanya berasa seperti seorang "stranger”— berada di tempat yang berbeza, dikelilingi budaya yang berbeza dan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.
Namun, melalui persahabatan, pengalaman di sekolah dan pertemuan dengan masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza, Sofea mula mengenali wajah sebenar Malaysia.
Sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, tradisi dan kaum, tetapi tetap mampu hidup bersama sebagai satu masyarakat.
Apa yang pada awalnya kelihatan seperti perbezaan akhirnya menjadi sesuatu yang menyatukan.
Kerana kadangkala, seseorang yang datang sebagai “stranger” akhirnya menemukan sebuah tempat yang terasa seperti rumah.
"Stranger" membawa mesej tentang persahabatan, penerimaan, perpaduan, kepelbagaian budaya dan semangat patriotisme, bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.
🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
PRODUKSI
TvSAS
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad
Petaling Jaya, Selangor
Terima kasih kepada semua warga sekolah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan produksi "Stranger"
Jangan lupa Like, Comment, Share dan Subscribe TvSAS untuk menyokong lebih banyak kandungan kreatif daripada warga SMK Sultan Abdul Samad.
#Stranger #TVSAS #SMKSultanAbdulSamad #BulanKebangsaan2026 #HariKebangsaan2026 #HariKebangsaanKe69 #Merdeka2026 #Merdeka #Malaysia #PerpaduanMalaysia #KepelbagaianBudaya #SemangatPatriotisme #DramaPendek #DramaMerdeka #ProduksiSekolah #PetalingJaya
3 days ago | [YT] | 18
View 0 replies
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
Nur Khalisya Safiyya – “Fantasia Bulan Madu”
Persembahan istimewa daripada Nur Khalisya Safiyya dari 1 Bakti dengan lagu “Fantasia Bulan Madu”, diiringi piano oleh Cikgu Izaidin sempena Majlis Persaraan En. Zainul Alam bin Yaakub.
1 week ago | [YT] | 11
View 1 reply
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
Persembahan PPKI – “Kampung Pening Lalat”
Satu persembahan istimewa daripada murid-murid PPKI sempena Majlis Persaraan En. Zainul Alam bin Yaakub.
Dengan penuh ceria dan semangat, murid-murid PPKI menyampaikan lagu “Kampung Pening Lalat” sebagai hiburan dan kenangan istimewa buat warga sekolah. Persembahan ini turut menyerlahkan bakat, keyakinan dan keceriaan anak-anak PPKI di atas pentas.
Terima kasih atas persembahan yang menceriakan majlis dan menjadi salah satu memori indah sempena persaraan En. Zainul Alam bin Yaakub.
#PPKI #KampungPeningLalat #Persaraan #ZainulAlam #SMKSASPJ #TVSAS
1 week ago | [YT] | 9
View 1 reply
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
Persembahan SASTari – Tarian Rakyat “Lembu Patah Tanduk”
Satu persembahan istimewa daripada SASTari dalam memeriahkan Majlis Persaraan En. Zainul Alam bin Yaakub.
Tarian rakyat “Lembu Patah Tanduk” dipersembahkan sebagai tanda penghargaan dan kenangan buat insan yang telah banyak menabur bakti kepada warga SMK Sultan Abdul Samad.
Terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan sumbangan. Selamat bersara, cikgu. Semoga terus diberi kebahagiaan dan kejayaan dalam fasa kehidupan yang seterusnya.
#SASTari #LembuPatahTanduk #Persaraan #ZainulAlam #SMKSASPJ #TVSAS
1 week ago | [YT] | 7
View 1 reply
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SASTrivia: Edisi Bulan Kemerdekaan
Memperkenalkan SASTrivia, segmen kuiz baharu khas untuk warga SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya.
Diinspirasikan daripada konsep Tekatrivia, SASTrivia membawa format kuiz santai dan spontan yang menguji pengetahuan serta kepantasan warga sekolah dalam menjawab soalan.
Untuk edisi pertama ini, SASTrivia tampil dengan tema Bulan Kemerdekaan, mengetengahkan soalan berkaitan Malaysia, sejarah dan kemerdekaan negara.
Jom tengok siapa yang paling banyak tahu dan siapa pula yang terkandas dengan soalan-soalan SASTrivia!
#SASTrivia #SMKSASPJ2026 #BulanKemerdekaan2026 #TVSAS #HariKebangsaan
1 week ago | [YT] | 19
View 1 reply
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SASPPKI ke Melaka
Ikuti perjalanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya dalam lawatan sambil belajar ke negeri bersejarah Melaka yang penuh dengan pengalaman, pembelajaran dan kenangan bermakna.
Perjalanan dimulakan dengan lawatan ke A’Famosa Safari Wonderland, di mana murid-murid berpeluang melihat pelbagai haiwan, menikmati suasana alam semula jadi serta menyertai aktiviti yang menyeronokkan. Pengalaman ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi pendedahan tentang hidupan haiwan dan kepentingan menjaga alam sekitar.
Seterusnya, rombongan meneruskan lawatan ke Menara Taming Sari, salah satu mercu tanda terkenal di Melaka. Murid-murid dapat menikmati pemandangan bandar Melaka dari sudut 360 darjah dari atas menara, memberikan pengalaman baharu yang menarik serta meningkatkan rasa kagum terhadap keindahan dan pembangunan bandar bersejarah ini.
Lawatan diteruskan ke Galeri Kraf Warisan, di mana murid-murid dapat melihat hasil seni dan kraf tradisional yang unik. Di sini, mereka didedahkan kepada kehalusan seni warisan Malaysia serta pentingnya menghargai budaya tempatan yang semakin berkembang.
Sepanjang program ini, murid-murid bukan sahaja berpeluang belajar di luar bilik darjah, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri, kemahiran sosial, semangat kerjasama serta sikap menghargai warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, ibu bapa, pihak pengurusan sekolah, penganjur serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga lawatan ini menjadi kenangan indah yang kekal dalam ingatan seluruh warga SASPPKI.
Jangan lupa Like, Comment dan Subscribe TVSAS untuk lebih banyak video aktiviti dan program sekolah yang menarik!
#SASPPKI #SMKSultanAbdulSamad #TVSAS #Melaka #LawatanSambilBelajar #PPKI #PendidikanKhas #AFamosaSafariWonderland #MenaraTamingSari #GaleriKrafWarisan #AktivitiSekolah #Malaysia
1 month ago | [YT] | 22
View 2 replies
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
PODGAME EPISOD 2
NI BUKAN PODCAST… INI PODGAME!
Bayangkan podcast… tapi ada game.
Bayangkan kuiz… tapi penuh gelak tawa.
PODGAME kembali dengan EPISOD 2 yang lebih mencabar, lebih menghiburkan dan lebih penuh kejutan! Dihoskan oleh Arieyanna & Alya, episod kali ini menyaksikan para peserta berdepan pelbagai cabaran yang menguji minda, kreativiti dan pengetahuan mereka.
• Menampilkan wakil pelajar dari pelbagai lembaga persekolahan
• Cabaran yang menguji kepantasan berfikir
• Soalan-soalan yang penuh trik dan kejutan
• Gelak tawa yang tidak henti-henti
• Momen mendebarkan yang tidak dijangka
Siapa paling menyerlah kali ini?
Siapa yang berjaya mengumpul markah tertinggi?
Dan siapa yang akan bergelar juara Episod 2?
Dan siapa pula yang LOSER??
Saksikan sekarang dan jangan lupa:
LIKE
SHARE
SUBSCRIBE
Support kami untuk lebih banyak kandungan menarik daripada TVSAS!
#PODGAME
#PODGAMEEp2
#TVSAS
#GameShowMalaysia
#PodcastMalaysia
#KuizSekolah
#PelajarMalaysia
#EduTainment
#FunLearning
#SchoolLifeMalaysia
#MalaysianYouTuber
2 months ago | [YT] | 13
View 0 replies
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
Montaj Hari Guru SMKSASPJ 2026
Guru Bitara, Nadi Negara
Sempena Sambutan Hari Guru 2026, TVSAS telah menghasilkan sebuah montaj khas sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik SMKSASPJ yang telah mencurahkan ilmu, membimbing serta membentuk generasi masa hadapan.
Montaj ini dimulakan dengan sebuah sketsa istimewa oleh pelajar Tingkatan 5, yang menggambarkan peranan dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa serta cabaran yang ditempuhi sepanjang perjalanan mereka sebagai pendidik.
Montaj diteruskan dengan temu bual bersama para pelajar SMKSASPJ, yang berkongsi kenangan, pengalaman dan ucapan penghargaan kepada guru-guru yang telah memberi inspirasi serta meninggalkan kesan yang bermakna dalam kehidupan mereka.
Semoga montaj ini menjadi simbol penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan guru-guru yang sentiasa menjadi pemangkin kecemerlangan serta pembentuk masa depan negara.
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik SMKSASPJ.
Guru Bitara, Nadi Negara.
#HariGuru2026 #GuruBitaraNadiNegara #SMKSASPJ #TVSAS #TerimaKasihCikgu #SelamatHariGuru #GuruInspirasi #MontajHariGuru #SMKSASPJ2026 #KamiSayangGuru #PendidikanMalaysia #SASPJPride
2 months ago | [YT] | 10
View 0 replies
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
Bersempena persaraan Pn. Gan Wan Yeat, lagu bertajuk Celebrating Friendship ini dihasilkan sebagai luahan penghargaan dan kenangan daripada beliau kepada rakan-rakan sekerja, sahabat seperjuangan serta seluruh warga sekolah yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjayanya.
Setiap bait lirik membawa rasa syukur atas persahabatan, kerjasama dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tahun-tahun perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan.
Lagu ini dihasilkan dengan bantuan Suno AI, berdasarkan idea dan mesej yang ingin disampaikan oleh Puan Gan kepada mereka yang pernah berkongsi suka dan duka bersamanya.
Terima kasih atas segala kenangan yang telah tercipta. Semoga ikatan yang terjalin akan terus kekal walaupun lembaran baharu kehidupan kini bermula.
"Celebrating Friendship" — sebuah penghargaan kepada persahabatan yang tidak pernah pudar ditelan masa.
#CelebratingFriendship #ThankYouPuanGan #PersaraanPuanGan #SunoAI #LaguPersaraan #KenanganAbadi #SelamatBersara #GuruInspirasi #SMKSASPJ #RetirementTribute #FriendshipForever
2 months ago | [YT] | 15
View 0 replies
TVPSS SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
Terima Kasih, Puan Gan Wan Yeat
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun jasa dan kenangan akan terus terpahat dalam ingatan kami.
Video khas ini merupakan tanda penghargaan daripada warga 5 Adil dan 4 Adil buat insan yang telah mencurahkan ilmu, kasih sayang dan dedikasi sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Turut menampilkan kenangan dan ucapan istimewa daripada para pelajar yang pernah menerima bimbingan serta inspirasi daripada Puan Gan.
Video ini disunting khas oleh Danica sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan inspirasi yang telah diberikan sepanjang bergelar pendidik.
Selamat Bersara, Puan Gan. Jasamu dikenang, budimu disanjung.
#ThankYouPuanGan #PersaraanPuanGan #5Adil #4Adil #DanicaEdits #GuruInspirasi #SelamatBersara #KenanganTerindah #SMKSASPJ
2 months ago | [YT] | 13
View 0 replies
Load more