Cahaya Kesaksian - Official

💞*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞💞

Assalamualaikum WBT. Channel ini dicipta bertujuan untuk turut serta membantu menyambung dakwah Rasulullah SAW melalui video-video ceramah Para Ulama' Ahlus Sunnah Waljamaah. Sama2 kita martabatkan akidah ASWJ yg sebenar.
Terima kasih atas sokongan. Mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan. Moga segala usaha kecil ini dapat menjadi asbab turunnya Taufiq dan Hidayah Allah kepada kita semua untuk terus istiqomah dalam mengabdikan diri kepada Dia sehingga timbul cinta dan rindu di dalam hati kita kepada Allah dan Rasulullah dengan sebenar-benar cinta dan rindu. Dan semoga kita semua termasuk di dalam golongan yang benar, selamat di dunia dan di akhirat.

Moga ALLAH beri kita husnul khotimah, Aamiin Ya Robbal 'Alamiiinnn.



Cahaya Kesaksian - Official

Penceramah seksualiti terkenal, Tuan Akhi Fairuz bagitahu saya ini 5 Apps paling bahaya untuk anak remaja


1. Ome TV atau Omegle

Walau ramai je yg guna apps ni utk buat konten, namun apps ini sangat mudah sexual predator//pedofilia mencari mangsa. Hanya berkenalan, bermesra dan memberi mangsa kepada anak-anak yang alami kesunyian, keseorangan dan kesedihan

2. Tinder

Apps dating ni boleh jadi tak popular sangat dalam kalangan remaja, tapi ia sangat popular untuk mencari pasangan untuk lakukan hubungan intim/berzina

3. Bigo

Entah kenapa apps ni masih lagi aktif di Malaysia. Ramai perempuan buat live sebagai teaser untuk tarik crowd melanggan gambar/video lucah di telegram

4. Tiktok serta aplikasi seangkatan dengannya

-Banyak sekarang geng pelangi lelaki mencari & grooming remaja di sana. Hati-hati dengan sesi live mereka juga

5. 5. Twitter/X

- pantau ya sebab dalam tu ada banyak akaun DS acc (menjual maruah diri) & juga pornography yang tak bertapis langsung!

Dah takde cara lain dah nak selamatkan anak kita. Memang kena educate & pantau betul betul. Tuan Akhi Fairuz ada buat seminar Remaja Hebat Jauhi Maksiat untuk anak kita. Jom pakat daftar anak masing masing segera di sini 👇

akhifairuz.onpay.my/order/form/soaf2025p2/595

Tolong sebarkan info ni pada pasangan kita juga untuk masa depan anak kita semua

5 months ago | [YT] | 15

Cahaya Kesaksian - Official

Tahukah anda? Semua orang dilahirkan dengan Pineal Gland yang aktif!
Waktu kita bayi hingga remaja, pineal gland (kelenjar pineal) sangat aktif – sebab tu waktu kecil kita rasa sangat:

-Kreatif

-Peka dengan persekitaran

-Mimpi pelik tapi 'deep'

-Intuisi kuat


Tapi… makin meningkat usia, kelenjar ini mula ‘tertidur’ atau terkalsifikasi.
Kesannya? Kita makin:

-Lemah daya fokus

-Mudah ditipu dengan realiti palsu

-Hilang 'sense' dalaman dan kebijaksanaan semula jadi



"Kelenjar pineal, yang berbentuk seperti kon pain, terletak di antara otak anda, adalah organ yang paling banyak disasarkan dan diracuni dalam tubuh manusia, terutamanya kerana pengaruh rohaninya terhadap kesedaran manusia. Kelenjar pineal yang tertutup atau terkalsifikasi bermaksud minda mudah ditipu kerana sukar untuk melihat melangkaui apa yang dipaparkan di hadapannya. Kelenjar pineal yang terbuka bertindak seperti pengesan kebenaran yang mampu mengesan kejanggalan halus dan ketidakkonsistenan, penipuan atau mesej tersembunyi yang mungkin digunakan untuk menyembunyikan kebenaran atau niat sebenar."
.
---

Apa Punca Pineal Gland Jadi 'Tertidur'?

Antara faktor utama:

1. Toksik – logam berat & pencemaran


2. Fluorida – dalam air paip & ubat gigi biasa


3. Makanan proses & bukan organik


4. Gangguan tenaga buruk – telefon, TV, komputer


5. Kurang cahaya matahari semula jadi


6. Tidur tidak berkualiti / tidur dengan lampu terbuka


7. Gaya hidup tanpa ketenangan (tiada tafakur/zikir)




---

Bagaimana Nak Aktifkan Semula Pineal Gland?

Berikut ialah gabungan 7 langkah utama untuk membersih & mengaktifkan semula pineal gland, lengkap dengan cara moden dan alami:


---

1. Elakkan Fluorida

Gunakan ubat gigi bebas fluorida (atau guna kayu sugi – sunah & semula jadi)

Tapis air minuman – elak minum terus dari paip

Guna penapis air yang baik (contoh: RO atau alkali seperti Cuckoo)



---

2. Kurangkan Toksin dalam Badan

Elakkan makanan proses, pewarna tiruan, MSG

Guna produk bebas bahan kimia (termasuk deodoran & pencuci)

Dalam vksin pun banyak toksin logam berat.


---

3. Makan Makanan Semulajadi Yang Menyahtoksik

Makanan ni bantu buang logam berat & fluorida:

Koko mentah, Goji berry, Bawang putih

Lemon, tembikai, pisang, madu asli

Minyak kelapa dara, biji hemp, rumpai laut

Chlorella, spirulina, alga biru-hijau

Cuka epal, zeolite, bentonite clay

Ginseng, Vitamin D3, klorofil

Borax mineral (pastikan dos selamat, rujuk pakar)



---

4. Dapatkan Cahaya Matahari (Sun Gazing)

Pandang matahari waktu terbit & terbenam (10-15 minit) setiap hari

Ia bantu reset tenaga dalaman & aktifkan pineal gland secara semula jadi



---

5. Amalkan Meditasi / Solat / Zikir / Tafakur

Semua ini tenangkan fikiran & buka saluran kesedaran rohani

Solat 5 waktu dah cukup power – lengkap dengan gerakan & fokus



---

6. Tidur Dalam Gelap

Tidur dalam suasana 100% gelap bantu penghasilan melatonin (hormon penting pineal gland)

Elakkan tidur dengan TV/telefon menyala atau lampu terbuka



---

7. Guna Bahan & Amalan Alami Untuk Mengaktifkan

Essential oil & tumbuhan: Lavender, cendana, kemenyan, daun pasli, pine

Pakai kristal (warna ungu) atau orgonite – bantu seimbangkan aura

Ketuk ketampi sambil pegang cuping telinga – tajamkan fokus & rangsang deria

Mandi sungai, mandi garam mineral, jalan kaki atas rumput tanpa kasut – harmonikan tenaga tubuh



---

Kesimpulan: Aktifkan Semula Kunci Kesedaran Anda

Kelenjar pineal bukan sekadar organ kecil – ia kunci kepada kesedaran, kepekaan rohani dan kecerdasan dalaman.
Bila ia aktif, anda lebih:

Fokus

Tenang

Peka terhadap kebenaran & tipuan realiti


Amalkan 7 langkah ini secara konsisten – dan hidup anda akan berubah secara perlahan, tapi pasti.

Jemput join telegram saya untuk lebih info tips petua kesihatan alami 100% natural di t.me/InfoMagnesium

6 months ago | [YT] | 16

Cahaya Kesaksian - Official

Bismillah 🌹 dgn keberkatan syawwal, admin nak buka PELUANG INFAQ pahala berterusan untuk kwn2 semua. INFAQ BATERI utk sorang pelajar yg admin kenal sgt, sedang belajar dan tinggal bersama isteri dan anak2 kecil nya di Tarim, Yaman. Di Tarim elektrik kerap putus, jadi ganti pakai bateri, bateri yg ada sudah mula rosak dan menunggu masa mati, dirisaukan keadaan anak2 kecil dirumah tanpa elektrik. Beliau segan nak meminta dan segan jika orang tahu masalah yg dihadapi.. Kita cuba ikhtiar bantu.. Ni peluang nak dapat pahala berpanjangan, sbb insyaAllah bateri yg akan dibeli ada waranti 5 tahun, pahala berterusan selama 5 tahun buat para penginfaq. MasyaAllah..
kalau ada kwn2 yg baik hati nak sertai infaq ni, pm admin, satu slot rm50, diperlukan 36 slot buat masa ni, blh ambik seberapa banyak slot sekaligus, yg x dapat bantu kewangan tolong bantu share posting ni ya, jzkk

info tambahan wasap admin terus: www.wasap.my/60105105535/infaqbateri

7 months ago | [YT] | 7

Cahaya Kesaksian - Official

Onnnz.
Habib umar rekemen baca hizb nasr lepas zohor tiap hari.
Hizb nasr dan lg banyak hizb (kumpulan zikir) ikut waktu solat, ada dlm kitab khulasoh madad, kitab yg disusun oleh habib umar, habib mngumpulkan zikir2 Rasulullah dan ayat quran, utk mudahkan kita beramal, lebih2 lg utk kita yg hidup di akhir zaman ni.
Pegang erat wirid dan zikir.. Sebab makanan akhir zaman hanyalah zikir..
Boleh beli kitab khulasoh segera di link shopee dibawah ..
👇👇👇

1. Khulasoh saiz poket , ada terjemahan: shope.ee/8UhTCYnHzW

2. Khulasoh saiz poket cetakan terbaru:
shope.ee/99x9zdWrAo

3. Khulasoh saiz besar ada terjemahan:
shope.ee/8UhTCYnHzW
.
.
.
Bacaan hizb nasr di youtube: https://youtu.be/P6-QxQG2CnM?si=ChiG0...

8 months ago | [YT] | 12

Cahaya Kesaksian - Official

Ibu lepas bersalin kalau rambut makin botak istiqomah sahaja makan madu sidir. Sebab madu antara penggalak penumbuhan rambut 👇🏻

Madu boleh menggalakkan pertumbuhan rambut dengan menyuburkan folikel rambut, menguatkan rambut, dan mencegah kerosakan, terima kasih kepada nutrien, antioksidan, dan sifat pelembab madu!

Boleh dimakan dan dibuat masker rambut

Madu kaya dengan nutrien seperti vitamin, mineral, dan asid amino, yang penting untuk pertumbuhan dan kekuatan rambut yang sihat.

Madu bertindak sebagai humektan semula jadi, menarik kelembapan ke dalam rambut dan mengekalkannya terhidrat, yang boleh membantu mencegah kekeringan rambut

Madu boleh menguatkan folikel rambut, yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan rambut, dan juga membangunkan folikel yang tidak aktif, menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

(Kredit : Nurul Hawa)

Madu yaman sidr dan marai, harga rahmah boleh dapatkan dgn admin, admin jual brand sendiri. 100% asli dgn lab test sekali

wasap.my/60105105535/maduhargarahmah

8 months ago | [YT] | 7

Cahaya Kesaksian - Official

“Persiapkanlah diri kamu untuk malam-malam yang indah di dalam bulan Ramadan. Bermula dengan malam yang pertama, malam pandangan Allah. Sesiapa yang mendapat pandangan kasih sayang Allah, maka dia tidak akan diazab dan diseksa selama-lamanya.”

• Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz

8 months ago | [YT] | 40

Cahaya Kesaksian - Official

Jadi panik kejap tadi baca isu ni, sbb lama dh pakai telekung 2 pcs, x sah ke solat aku sebelum ni?
Tp ada yg kata khilaf.. Tanya kt suami pun katanya sah saja..
Pastu terjumpa ni tntg khilaf isu ni..
Lega sikit.. 👇👇👇

Bacaan Tambahan:

SOALAN: Ada sahabat yang pm bertanyakan tentang masalah pemakain mukena/telekong seperti dalam gambar ini.? Adakah betul tidak sah seperti gambar di bawah?
.
JAWAPAN: Sebagaimana yang kita maklum, bahawa antara salah satu syarat sah solat ialah menutup dengan sempurna. Syarat penutup aurat pula ialah sesuatu yang menghalang daripada nampak warna kulit. Bahagian yang wajib di tutup pula ialah bahagian ATAS dan TEPI. Tidak wajib menutup di bahagian BAWAH.
.
Jadi persoalannya, adakah sah kalau kelihatan aurat itu daripada bawah telekong itu?
.
Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab al-Ieáab menyebutkan hukum tentang kelihatan aurat dari lubang lengan baju(كم)wanita adakah sah atau tidak. Kemudian ia membawa tiga kemungkinan,(1) sah secara mutlak (2) tidak sah secara mutlak (3) dan yang lebih dekat di sisinya: Jika terlihat ketika tidak angkat tangan di kira sah. Tetapi jika kelihatan ketika mengangkat tangan tidak di kira sah kerana ia di kira melihat dari sisi tepi.
.
Namun Ibnu Hajar dalam kitabnya at-Tuhfah mengatakan tidak sah sama sekali kerana menutup lubang lengan tangan itu tidak di kira suatu kesukaran. [ Hasyiah at-Tarmasi 3/228]
.
Jadi kesimpulannya masalah ini ada khilaf. Jadi selama mana ada khilaf, tidak la di beratkan untuk kita mengikut mana-mana qaul. Lagi pula semua qaul ini daripada Mazhab as-Syafie.
.
Antara ulama Malaysia yang berpendapat tidak sah pakai telekong dua helai (setahu saya) ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Kelantan. Ini berdasarkan pengalaman Allahyarham mak mertua saya belajar di Pondok Sungai Durian. Pertama kali saya melihat telekong solat mak mertua saya, saya rasa pelik. Kenapa telekong ni bersambung terus sampai ke bawah. Kemudian barulah teringat bahawa ada pendapat ulama yang kata tidak sah kalau nampak aurat dari bahagian bawah.
.
Inilah setakat apa yang saya faham. Kalau ada salah dan silap mohon di pebetulkan. Wallahu a'lam

(Tulisan Ustaz Mohd Zaki Zulkifli)

Post asal:
www.facebook.com/share/p/khavTo3ZUQNjM1be/




Boleh survey/beli telekung berlengan 1pcs sini:
Keluar dari khilaf, lagipun murah je harga rm20-40 mcmtu je...

s.shopee.com.my/qRZsjxbf6
s.shopee.com.my/8fARCygcmQ
s.shopee.com.my/8AEAc0219c
s.shopee.com.my/sSsygJKs
s.shopee.com.my/8KXaoHFBSr
.
.
.
.



JABATAN MUFTI SELANGOR.
#73 Taudhih Al-Hukmi : Penjelasan Hukum Solat Dengan Pemakaian Telekung Kebiasaan Wanita Melayu

Wanita Muslimah Asia sering dilihat memakai set pakaian putih yang dikenali sebagai telekung setiap kali menunaikan solat dan menjadikannya sebagai suatu kebiasaan bagi tujuan menutup aurat ketika solat. Namun perlu mempertimbangkan pakaian yang dipakai di dalam telekung tersebut. Adakah memadai dengan memakai baju berlengan pendek dan seumpamanya atau perlu memakai pakaian yang menutup aurat untuk mendapatkan solat yang sah dengan penutupan aurat yang sempurna mengikut kehendak syarak? Jika benar menurut ijtihad para ulama, bagaimanakah pula dengan status solat wanita yang tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung sebelum mengetahui hal ini? Berikut merupakan penjelasan ringkas mengenai hukum yang terkait dengan wanita yang solat menggunakan pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu.

Baca Lanjut : www.muftiselangor.gov.my/2024/10/18/73-taudhih-al-…

.
.
.
.

1 year ago (edited) | [YT] | 12

Cahaya Kesaksian - Official

Air mineral Bubbles O2 ini kaya dengan oksigen terlarut. Melebihi 100 %. Paling tinggi berbanding air mineral yang lain. Tahap ketepuan oksigen terlarut dalam air Bubbles O2 ialah 12.4 mg/L iaitu 162%. Air mineral biasa hanya 100% iaitu 7.69 mg/L. Ianya keluaran muslim dan dijumpai di tapak Maahd Tahfiz Al Amar, Rantau Negeri Sembilan.

Ph air ni 7.2. Kaya dengan magneisum, kalium, natrium dan kalsium. Macam baca jadual berkala la pulak. Semua ni keperluan badan kita secara alami. Tanpa perlu supplement. Cukup minum air sahaja.

Kisahnya bila depa nak buat Maahd Tahfiz ni, kawasan ni memang tak ada air. Tapi bila kontraktor nak piling, air keluar membuak buak dan berbuih. Berbuih tu oksigen. Sebab tu depa letak nama Bubbles.

Satu masa kampung tak ada air. Depa buat paip wakaf untuk orang kampung. Sampai sekarang masih ada. Pihak tahfiz hairan juga sebab air yang keluar ni berbuih. Depa hantar pi lab dan mendapati kadar oksigen dalam air ni sangat tinggi. Tahfiz bina kilang dan botolkan. Depa design macam ala hipster sikit. Tak perlu pun letak ala ala agama.

Sekarang Bubble O2 dah masuk UAE, USA dan sekarang UK. Pihak tahfiz dapat jana duit untuk tahfiz tanpa perlu mengharapkan derma.

Ni official store Bubble. Beli kat sini trusted!
👉🏻 s.shopee.com.my/2qCP14Z0Fo

Kita kena support Bubbles O2 ni. Allah bukan bagi saja saja. Dari kita beli evian yang mahal tu sebab import dari Perancis, ni lagi baik.

Dalam kelas sains kelmarin pun saya cerita pasal ni. Betapa Allah SWT yang maha kaya memberikan kita nikmat. Sama macam antioksidan dalam buah buahan. Setiap penawar ada dalam buah buahan dan air yang Allah ciptakan.

Utamakan produk muslim. Pilihan ditangan anda. Juling bijik mata saya sebab oksigen sampai otak.

Official store HQ Bubbles
👉🏻 s.shopee.com.my/2qCP14Z0Fo

Kredit : Zafran

‼️ Nota kaki ‼️
Jika ada yang tak sihat, atau sedang dalam rawatan kimo atau sakit ringat, bagi minum air ni. InsyaAllah sangat membantu.

1 year ago | [YT] | 54

Cahaya Kesaksian - Official

Isnin malam selasa mula lah 1 Zulhijjah, 10 hari awal zulhijjah

Tapi hanya mukmin yang tahu fadilat dan kebesaran hari harinya.

Dan dari sekalian mukmin yang tahu, berapa ramai yang dapat amal.

Bukan sedikit yang puasa hanya dapat letih lapar dan dahaga.
Dan bangun malamnya hanya letih dan mengantuk sahaja

Bagi yang dapat amal ucap syukur kepada Allah.

(Sheikh Abu Zaki bin Yusof al Hadhrami)

Amalan 10 hari zulhijjah pdf susunan Ustaz Muhadir Hj Joll: t.me/YTCahayaKesaksian_Official/441

Zikir zulhijjah baca tiap malam 10 hari pertama zulhijjah. Pdf download disini, ada audio zikir sekali diatasnya..
t.me/YTCahayaKesaksian_Official/440
.
.

2 years ago | [YT] | 264

Cahaya Kesaksian - Official

ANAK MUDA KEBANGGAAN RASULULLAH ﷺ

Sekarang ini zaman teknologi, dan ramai anak-anak muda yang aktif dalam teknologi.

Kemahiran yang ada pada antum anak-anak muda ini, gunakan. Tapi bukan untuk sembarangan, bukan untuk fitnah orang, bukan untuk menjatuhkan orang dan bukan untuk memporomosikan kemungkaran.

Gunakan kemahiran yang diberikan Allah سبحانه و تعالى sepertimana anak-anak muda pada zaman Rasulullah ﷺ, yakni untuk mengangkat agamanya Allah سبحانه و تعالى.

• Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid • Maulid Akbar 1444H | 7 Oktober 2022

2 years ago | [YT] | 361