TOP 5 DAN FAKTA TOP

Kami bawakan pelbagai fakta menarik yang tidak diketahui ramai.

Jika anda ada cadangan atau pandangan, sila kemukakan di ruangan komen di salah satu video kami.

NAK TAHU FAKTA SETERUSNYA?
SUBSCRIBE PALING TOP DULU...

Sebarang pertanyaan, pengiklanan atau tajaan, sila hubungi kami di email (palingtop.media@gmail.com) atau DM kami di Instagram (@palingtop.media).

NAK BUAT PAID REVIEW SERENDAH HARGA RM15? HUBUNGI KAMI SEKARANG..!!!


Paling TOP

Si adik pergi ke kereta untuk mengambil sebilah parang. Selepas mengambil parang, si adik terus melibas parang tersebut ke arah pekerja abangnya sehinggakan muka pekerja itu tercedera. Setelah mukanya tercedera dilibas parang, pekerja tersebut melarikan diri beberapa meter dari tempat kejadian. Si adik pergi mengejar pekerja tersebut, tetapi secara tiba-tiba si adik berhenti mengejarnya. Kemudian, si adik menetak parang yang dipegangnya ke arah abangnya pula. Pekerja tersebut dapat mendengar si adik menjerit β€œmati, mati” ketika menetak majikannya (si abang).

Isteri si abang cuba membantu suaminya yang berlumuran darah akibat ditetak oleh adiknya. Si adik kemudian pergi semula ke keretanya dan memandu kereta tersebut ke arah abangnya dan kakak iparnya dengan laju. Si abang sempat menolak isterinya dan kereta itu melanggar kedua-dua kaki si abang. Kenapa seorang adik sanggup bertindak kejam sebegitu terhadap abang kandung sendiri?

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/XUQGGf9nrMI

#DariFailMahkamah #KesJenayah

20 hours ago | [YT] | 3

Paling TOP

Suspek dan mangsa merupakan banduan di Penjara Sungai Buloh. Mangsa tinggal di dalam sel yang sama dengan suspek. Kira-kira jam 12.30 tengah malam pada hari kejadian, semasa mangsa sedang tidur di sel tersebut, tiba-tiba suspek datang merangkul leher dan menarik pinggang mangsa, serta suspek meletakkan kakinya di atas kaki/paha mangsa. Ini membuatkan mangsa tidak berdaya untuk meronta-ronta bagi melepaskan dirinya kerana telah β€˜dikunci’ oleh suspek.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/myhwbGeDLJM

#DariFailMahkamah #KesJenayah

2 weeks ago | [YT] | 2

Paling TOP

Pada hari kejadian sekitar jam 1.02 petang, Murthi telah menerima satu panggilan telefon daripada abang iparnya (suspek) yang memberitahu bahawa suspek telah menetak Murali.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/4cKrR9Q2yA4

#DariFailMahkamah #KesJenayah

4 weeks ago | [YT] | 7

Paling TOP

Kira-kira jam 9.20 pagi pada hari kejadian, mangsa bersama anaknya yang berumur 1 tahun lebih berada di dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di luar rumahnya. Mangsa ingin menghidupkan enjin keretanya dan tiba-tiba sebuah motosikal berwarna kuning jenis Yamaha 125 telah datang dan berhenti di sebelah kereta mangsa. Penunggang motosikal itu membawa seorang pembonceng.

Pembonceng motosikal telah turun dari motosikal dan datang kepada mangsa lalu menanyakan jalan kepada mangsa. Mangsa tidak dapat mendengar soalan yang ditanyakan dan meminta pembonceng tersebut mengulangi soalannya. Pembonceng kemudiannya telah memarahi mangsa serta menendang pintu sebelah mangsa, di mana kedudukan mangsa pada ketika itu adalah di sebelah pemandu.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/BmJf-IFohoA

#DariFailMahkamah #KesJenayah

1 month ago | [YT] | 5

Paling TOP

Pada hari kejadian kira-kira jam 6.00 petang, semasa menjalankan tugas rondaan, Koperal Kanniah bersama dengan Koperal Azmi telah menerima arahan dari Bilik Gerakan untuk pergi ke sebuah Tokong Cina kerana dipercayai ada seorang lelaki sedang membuat kacau menggunakan senjata sebilah pedang. Setelah tiba di tokong tersebut, Koperal Kanniah mendapati di dalam tokong itu terdapat seorang wanita terlantar di atas lantai dalam keadaan cedera parah dipercayai telah meninggal dunia.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/xNzzt2d5DaI

#DariFailMahkamah #KesJenayah

1 month ago | [YT] | 4

Paling TOP

Pada jam 9.30 malam, satu serbuan telah dibuat di sebuah hotel di Kuala Lumpur berikutan maklumat mengenai pakatan melibatkan sekumpulan individu yang sedang merancang untuk melakukan kekacauan di Malaysia.

Siasatan menunjukkan bahawa sekumpulan 12 orang individu tersebut telah membuat beberapa siri perjumpaan selepas pertemuan pertama mereka dengan Suspek Pertama yang baru sahaja pulang ke Malaysia dari Syria setelah beberapa lama menjadi pejuang kumpulan militan termasuklah Ajnad As-Syams dan Islamic State (IS).

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/DpOFacqYRmI

#DariFailMahkamah #KesJenayah

2 months ago | [YT] | 7

Paling TOP

Ketika si isteri (Suspek Kedua) hendak mengejutkan mangsa, mangsa kelihatan tidak sihat dan tidak boleh bernafas. Si isteri kemudian meminta suaminya untuk membawa mangsa ke hospital. Si suami (Suspek Pertama) kemudiannya membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketika tiba di Unit Trauma dan Kecemasan, pemeriksaan ke atas mangsa telah dijalankan oleh Dr Victor Au. Dr Victor mendapati bahawa mangsa telah meninggal dunia. Mangsa kemudiannya telah dihantar untuk menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/tkycbnLDJ5E

#DariFailMahkamah #KesJenayah

2 months ago | [YT] | 21

Paling TOP

Pada malam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, semasa seorang lelaki sedang berada di rumahnya, beliau telah didatangi oleh jirannya yang memberitahu bahawa sering kali mendengar jeritan si kecil (mangsa) menangis di rumah No. 25. Jirannya itu telah meminta lelaki tersebut untuk turut serta pergi ke rumah berkenaan. Selepas itu, lelaki itu bersama kakaknya serta jirannya itu telah pergi ke rumah No. 25, dan mereka melihat penghuni rumah No. 25 itu sedang menumbuk dan memukul mangsa dengan menggunakan tangan. Kejadian ini telah disaksikan oleh ketiga-tiga mereka.

Lelaki itu dapat melihat mangsa dalam keadaan ketakutan pada masa kejadian. Lelaki itu berasa kasihan dan beliau merasakan penghuni rumah No. 25 tersebut tidak patut melakukan sebegitu rupa terhadap mangsa. Lelaki itu juga mendapati kejadian ini sering kali berlaku dan sudah banyak kali beliau mendengar jeritan suara mangsa menangis. Lelaki itu pun pergi membuat laporan polis dan melaporkan tentang kejadian yang dilihatnya.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/SuTmV92WXDA

#DariFailMahkamah #KesJenayah

3 months ago | [YT] | 2

Paling TOP

Kira-kira jam 5.00 petang, seorang pekerja di sebuah kedai emas bernama Faizal datang ke tempat kerjanya dengan tujuan untuk mengambil wang gajinya daripada majikannya. Setibanya Faizal di premis perniagaan tersebut, beliau mendapati premis tersebut di dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci. Faizal kemudian mendapati majikannya (mangsa) berada di dalam keadaan meniarap dan berlumuran darah di atas lantai di dalam premis tersebut.

Dengan bantuan rakan rakannya, Faizal telah menghantar majikannya itu ke hospital untuk rawatan kecemasan. Faizal juga menyatakan bahawa β€œpouch bag” di pinggang mangsa yang mengandungi wang dan barang kemas yang sudah dibeli pelanggan, tidak ada pada mangsa semasa mangsa ditemui di tempat kejadian.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/4xdWnAItIZQ

#DariFailMahkamah #KesJenayah

3 months ago | [YT] | 7

Paling TOP

Bomoh dan mangsa sudah berjanji untuk berjumpa bagi mendapatkan rawatan. Pada hari yang dijanjikan, bomoh datang menaiki kereta untuk membawa mangsa membuat rawatan bagi menghalau hantu-hantu yang ingin masuk ke dalam tubuh mangsa. Mangsa pada ketika itu ada bersama dengan seorang rakannya. Bomoh meminta mangsa dan rakannya itu masuk ke dalam kereta. Rakan mangsa kemudiannya dihantar pulang ke rumah kerana bomoh mengatakan yang hantu tidak mahu ada orang lain bersama dengan mangsa. Menurut bomoh, jika rakan mangsa itu ikut, mangsa boleh mati.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ikuti kes penuh di sini..πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://youtu.be/jxOg9VNJN3A

#DariFailMahkamah #KesJenayah

4 months ago | [YT] | 14