KiniTV is the video arm of Malaysiakini where viewers play an active role in shaping the news agenda and disseminating news items, revolutionizing the delivery of independent, accurate and timely news.

For any enquiry please call us at: 006-03-777 0000

Mkini Dotcom Sdn Bhd - 199901014818 (489718-U)


KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“ŠPeletakan jawatan Loke berkuat kuasa apabila Najib balik rumah ๐Ÿ 

Anthony Loke berkata surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar meminta Loke meneruskan tugas buat sementara waktu. Loke pula menetapkan bahawa peletakan jawatannya akan berkuat kuasa apabila Najib pulang ke rumah.

Apa pandangan anda tentang pendirian Loke ini?

4 days ago | [YT] | 195

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Kemelut adat Negeri Sembilan semakin memuncak!

Dalam satu episod Explain Sikit Kini bersama peguam Haniff Khatri dan Prof Abdul Aziz Bari membincangkan beberapa penyelesaian mengenai kemelut tersebut. Antaranya ialah cadangan mengisytiharkan darurat dan mewujudkan tribunal Diraja.

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

1 week ago | [YT] | 29

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Perikatan Nasional (PN) terima notis tunjuk sebab daripada ROS selepas aduan Bersatu berkaitan satu mesyuarat pada 16 Julai. PN juga diberi tempoh 30 hari untuk menjawab.

Pada masa sama, ROS menjelaskan notis itu bukan keputusan membatalkan pendaftaran PN.

Apa yang patut PN lakukan selepas menerima notis dan perintah ROS?

1 week ago | [YT] | 116

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Pertikaian mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kini turut melibatkan kerajaan Persekutuan.

Namun, pihak undang dan pemimpin adat memberi amaran supaya Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara tidak campur tangan.

Pada pandangan anda, adakah tindakan ini wajar?

1 week ago | [YT] | 180

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Krisis Negeri Sembilan makin kronik!

Amanah mendesak Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, memohon pembubaran DUN susulan kemelut antara eksekutif dan istana yang berlarutan.

Cadangan itu dibuat ketika berlaku pertikaian mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar serta pembatalan pelantikan semua exco oleh Tuanku Muhriz. Namun Ismail berkata semua exco sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Apakah pandangan anda tentang cadangan pembubaran DUN?

1 week ago | [YT] | 204

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Isu tahanan rumah Najib mencetuskan persoalan tentang pendirian DAP sebagai sebahagian daripada kerajaan.

Antara pilihannya ialah meninggalkan kabinet atau terus berada dalam kerajaan sambil menyatakan pendirian parti.

Apa yang patut dilakukan DAP dalam isu ini?

2 weeks ago | [YT] | 305

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Bil elektrik naik mencanak ๐Ÿ“ˆ

Pemuda PKR dan Pemuda PAS Selangor senada mahu mekanisme subsidi elektrik dikaji semula. Mereka berpendapat penggunaan tenaga sahaja tidak semestinya mencerminkan kemampuan sesebuah isi rumah.

Apa pendapat anda tentang kenaikan bil elektrik? Adakah anda turut terkesan?

2 weeks ago | [YT] | 269

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Permohonan Pengampunan Najib ditangguhkan!

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan permohonan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya โ€œyang akan diadakan kelakโ€. Umno pula menzahirkan rasa sedih atas keputusan itu.

Apa pandangan anda tentang isu isu?

3 weeks ago | [YT] | 500

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Pemuda Umno mahu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula, malah tidak kisah jika namanya ditukar kepada โ€œAnwar Taxโ€ atau โ€œMadani Taxโ€.

Yang penting bagi mereka adalah mekanisme cukai itu sama dan mampu meningkatkan pendapatan kerajaan.

Apakah pendekatan terbaik kerajaan terhadap cukai penggunaan selepas ini?

3 weeks ago | [YT] | 169

KiniTV

[KPOLL] ๐Ÿ“Š Konflik bajet kementerian! ๐Ÿ’ธ

Timbul perdebatan hangat antara Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, dan Kementerian Kewangan! Zahid menafikan dakwaan bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berbelanja melebihi bajet. Namun, Kementerian Kewangan mendedahkan kementerian tersebut telah melampaui peruntukan selama empat tahun berturut-turut. Zahid turut mendesak bayaran kepada kontraktor dipercepatkan bagi mengelakkan mereka gulung tikar.

Pada pendapat anda, adakah isu "bajet bocor" ini berpunca daripada pengurusan kementerian atau kerenah birokrasi kewangan?

3 weeks ago | [YT] | 224