KiniTV is the video arm of Malaysiakini where viewers play an active role in shaping the news agenda and disseminating news items, revolutionizing the delivery of independent, accurate and timely news.

For any enquiry please call us at: 006-03-777 0000

Mkini Dotcom Sdn Bhd - 199901014818 (489718-U)


KiniTV

[KPOLL] πŸ“ŠπŸš¨ Kerajaan Negeri Sembilan digegarkan!

Pemuda DAP desak PM Anwar Ibrahim untuk memecat Mohamad Hasan daripada jawatan Menteri Luar. Ini susulan penarikan semula sokongan BN Negeri Sembilan kepada Menteri Besar Aminuddin Harun. Tindakan ini menimbulkan persoalan tentang kesetiaan BN kepada Kerajaan Perpaduan. 😬

Dengan mengambil kira ketegangan ini, apakah anda fikir Kerajaan Perpaduan perlu semak semula kerjasama dengan BN? πŸ€”

1 day ago | [YT] | 136

KiniTV

[KPOLL] πŸ“ŠπŸ’° RM150 JUTA: Kos Pilihan Raya Atau Dana Kecemasan? πŸ’°

Dengan krisis tenaga global yang semakin meruncing akibat konflik di Asia Barat, kos mengadakan dua pilihan raya negeri secara berasingan (PRN Melaka dan PRN Johor) dijangka mencecah RM150 juta. Pakar ekonomi berpendapat dana ini boleh digunakan dengan lebih baik untuk menstabilkan bekalan bahan api dan membantu rakyat yang terjejas. ⛽️

Bagaimana pendapat anda? Adakah lebih baik untuk tangguh PRN atau proses demokrasi perlu diteruskan walaupun mahal?

2 days ago | [YT] | 110

KiniTV

[KPOLL] πŸ“ŠπŸš¨ Krisis politik Negeri Sembilan🚨

Ketua Amanah Johor menyeru pengundi untuk "menghukum" Umno dan BN dalam pilihan raya negeri itu akan datang, mendakwa Umno gagal dalam mentadbir dan memahami keperluan rakyat. Ini susulan perkembangan terkini di Negeri Sembilan di mana Umno menarik sokongan kepada Menteri Besar, membuka ruang kerjasama dengan PN.

πŸ€” Jadi, susulan kemelut di N Sembilan, wajarkah pengundi Johor memberi respons melalui undi mereka pada PRN Johor?

2 days ago | [YT] | 142

KiniTV

[KPOLL] πŸ“Š 🚨 Video tular anggota polis pijak kepala seorang suspek di Kulim, Kedah. 🚨
Polis Kulim mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek sebelum itu telah melawan penangkapan polis dan positif dadah. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, telah mengarah siasatan berhubung sama ada anggota polis terbabit patuh SOP atau tidak. πŸ€” [Berita penuh: www.malaysiakini.com/news/773189]

Apa pendapat anda tentang insiden ini?

1 week ago | [YT] | 168

KiniTV

[KPOLL] πŸ“Š ⚠️ KLIA Terminal 1 baru-baru ini mengalami gangguan sistem pengendalian bagasi yang menyebabkan kelewatan penerbangan selama 2-4 jam. ⚠️

Perikatan Nasional (PN) gesa Kementerian Pengangkutan berikan penjelasan terperinci mengenai kegagalan agensi di bawahnya, sambil menekankan ini bukan isu terpencil tetapi petunjuk kelemahan sistemik yang lebih mendalam dalam pengurusan dan penyelenggaraan infrastruktur pengangkutan awam. [Berita penuh: www.malaysiakini.com/news/773111]

πŸ€” Adakah siasatan dan kemungkinan tindakan hukuman terhadap MAHB, boleh tingkatkan kebolehpercayaan pengurusan infrastruktur pengangkutan awam Malaysia?

1 week ago | [YT] | 80

KiniTV

[KPOLL] πŸ“Š β˜•οΈ Bangun KL: Kopi Murah Untuk Kurangkan Jem? πŸš—

Kerajaan bekerjasama dengan Zus Coffee menawarkan diskaun hampir 30% untuk minuman terpilih antara 7 pagi dan 8 pagi, sebagai sebahagian daripada inisiatif "Bangun KL" untuk menggalakkan rakyat Malaysia memulakan perjalanan lebih awal dan mengurangkan kesesakan trafik. Walaupun ada yang mempertikaikan keberkesanannya, inisiatif ini tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. [Berita penuh: www.malaysiakini.com/news/772904]

Apa pendapat anda tentang inisiatif untuk kurangkan kesesakan trafik KL ini? πŸ€”

2 weeks ago | [YT] | 85

KiniTV

[KPOLL] πŸ“ŠπŸš¨ TAHANAN PENJARA LOLOS 🚨

Seorang suspek kes penderaan seksual kanak-kanak berjaya melarikan diri dari penjara Sungai Buloh, Selangor minggu lepas, mencetuskan kebimbangan tentang prosedur keselamatan dan pengawasan. Ahli Parlimen DAP menawarkan RM5,000 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya, sambil mempertikaikan mengapa suspek tidak digari semasa pemindahan dan mengapa pegawai polis dilihat berdiri jauh dari kenderaan polis. πŸš“

Bagaimanakah anda melihat isu ini?πŸ€”

2 weeks ago | [YT] | 103

KiniTV

[KPOLL] πŸ“Š πŸ”₯Rumah Terbuka Aidilfitri di Melaka Cetus Kontroversi πŸ”₯
Ketua Pemuda PAS Melaka Zulhilmi Suboh membuat teguran kepada KM Melaka Ab Rauf Yusoh bahawa persembahan artis berskala besar bagi rumah terbuka negeri itu adalah tidak sensitif dengan suasana Syawal.
Menurutnya, bentuk hiburan itu tidak wajar dalam majlis rasmi kerajaan dan tidak selari dengan identiti Melaka.
Katanya bentuk hiburan haruslah mematuhi adab, tatasusila dan garis panduan syariah. [Berita pebuh: www.malaysiakini.com/news/772657]

Adakah anda setuju dengan kritikan ini?

2 weeks ago | [YT] | 50

KiniTV

[KPOLL] πŸ“Š πŸ”₯Harga minyak melonjak, ekonomi tak menentu! Adakah ini masa sesuai untuk pilihan raya? πŸ”₯
Kerajaan sedang pertimbangkan pilihan raya umum (PRU) walaupun negara bergelut dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang tinggi. Ada yang berpendapat PRU perlu ditangguh demi kepentingan rakyat, manakala yang lain percaya ia perlu diadakan untuk manfaatkan keadaan politik semasa. [Berita penuh: www.malaysiakini.com/news/772585]

Bagaimana anda melihat situasi ini? πŸ€”

2 weeks ago | [YT] | 199

KiniTV

[KPOLL] πŸ“Šβ›½οΈ Harga minyak naik, stesen minyak pula kehabisan bekalan! ⛽️
Kenaikan harga minyak subsidi dan harga pasaran untuk bahan api, adalah antara sebab beberapa stesen minyak di negara ini kehabisan bekalan. Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia mendakwa isu ini bukan sekadar masalah logistik sementara, tetapi ketidakpadanan struktur dalam sistem sedia ada. Katanya, pengusaha berisiko menanggung kos untuk menyesuaikan harga.
[Berita penuh: www.malaysiakini.com/news/772444

Apa pendapat anda tentang isu ini? πŸ€”

2 weeks ago | [YT] | 42