LAGU seperti Salam Terakhir, Merisik Khabar, Terasing nyanyian Allahyarham Sudirman, Kau Merubah Segalanya (Fauziah Latiff) dan Sekadar Di Pinggiran (Francisca) adalah antara ratusan lagu ciptaannya yang kekal malar segar sehingga ke hari ini.
Pejuang irama muzik nusantara ini tidak pernah meletakkan noktah dalam perjuangannya walaupun lama menyepi dari radar dan lensa kamera.
Malam ini Garasi TV dengan bangganya membawakan anak jati Terengganu ini untuk berkongsi perjalanan seni beliau yang penuh warna itu.
Jangan lupa bersama komposer Manan Ngah, eksklusif dan hanya yang terbaik untuk anda!
KHAMIS | 12 Ogos | 9 MALAM Strim Langsung di FB Garasi TV
Banyak kenangan jenaka mengisi memori rakyat Malaysia pada dekad 80an hingga 2000an.
Dengan 1,204 episod atau selama 17 musim, dunia Flat Seri Wangi mengisi dunia sitkom Malaysia mulai 1985 hingga 2004.
Kekal sebagai genre komedi TV paling berpengaruh dalam sejarah sitkom Malaysia - kita pasti teringat Budin @ Syed Al-Budin bin Syed Abu Bakar Al-Marigobok.
Pelawak Imuda (Abdul Rahim Muda) menjadikan nama Budin - pengutip botol dan suratkhabar lama - sebagai antara teras utama memeriahkan PMTT.
Kini Budin/Imuda - pelawak dan kartunis terkenal singgah di Garasi TV.
Jangan lupa tepat 9 Malam | Selasa | 10 Ogos 2021.
Tiada kata secantik bahasa seindah kata, namun zaman kian berubah. Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah pengalaman. Hari esok terus menjadi teka-teki.
Selamat datang 1443 Hijrah. Seiring perginya kenangan suka-duka, mari kita mewarnai tahun ini dengan harapan setinggi gunung.
LAPORAN akhbar mutakhir ini menunjukkan kombinasi lonjakan varian Delta dan kadar vaksinasi rendah menjadikan Asia Tenggara sebagai titik panas virus yang menyebabkan pasaran kewangannya mula merasai beban.
Di Malaysia sendiri, ketidaktentuan politik semasa menambahkan lagi risiko kepada penurunan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Bagi mengupas isu yang makin membarah ini, ahli ekonomi terkenal, Dr. Jomo K.S akan bersama Garasi TV untuk mengupas senario terkini yang menyelubungi ekonomi negara.
Jangan lupa temu janji kita bersama pakar lulusan PhD dari universiti terkenal dunia, Universiti Harvard, Amerika Syarikat ini.
Yang pasti, ini memang RARE brader! AHAD | 8 OGOS | 9.00 MALAM
SELAMA 23 tahun menjadi wakil rakyat di Kuala Lumpur, Tan Sri Lee Lam Thye akan cukup diingati kerana tidak lekang dengan mesin taip Olivettinya.
Di dalam keretanya, ada pelbagai borang permohonan, borang aduan, kertas dan segala perkara bagi membolehkan beliau menyelesaikan segala permasalahan rakyat yang datang menemuinya.
Walaupun ketika itu beliau mewakili parti pembangkang, namun sikap profesional Lam Thye menyebabkan beliau sangat dihormati kawan dan lawan serta penjawat awam kerana sentiasa menggunakan kaedah diplomasi dalam menangani 1,001 perkara yang timbul di kawasan yang diwakilnya.
Kerajinan dan perkhidmatan 'luar biasa' yang beliau berikan menyebabkan setiap kali pilihan raya, majoriti undi yang Lam Thye peroleh mencecah ribuan dan 'paling liat' untuk ditewaskan!
Apa rahsia beliau? Kenapa beliau cukup disayangi para pengundinya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan itu?
Malam ini beliau akan kongsikan bersama anda di Garasi TV! SABTU | 7 OGOS | 9.00 MALAM
KRISIS PERLEMBAGAAN Benarkah wujud krisis Perlembagaan antara kerajaan dan Istana? Apakah wujud terma derhaka dalam Perlembagaan? Bagaimana Perlembagaan berfungsi antara peranan kerajaan dan Istana.
Kita dengar penjelasan Pakar Perlembagaan dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UITM, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz.
RABU | 4 OGOS 2021 | 9 MALAM Strim Secara Langsung Hanya di FB Garasi TV
Anda dirasuk jin? Disantau? Terkena buatan orang? Kena mandrem?
Rawatan perubatan Islam menjadi pilihan bila berlakunya kejadian sebegini namun ia tidak terlepas daripada menerima pelbagai dakwaan, kritikan dan tohmahan.
Lebih parah, ada pengamal perubatan yang menggunakan amalan perdukunan (perbomohan) atau kaedah yang menyalahi tuntutan syariat itu sendiri.
Ikutan kupasan isu berkenaan malam nanti bersama Ustaz Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar yang akan membawa anda membongkar dan menyelami perkara yang cukup dekat dengan masyarakat kita pada hari ini. Jangan lupa temujanji kita!
Khamis | 29 Julai 2021 | 9 Malam Strim Secara Langsung Hanya di FB Garasi TV
EKSKLUSIF! Pakar Virologi Antarabangsa, Prof. Dr Sazaly Abu Bakar berkongsi isu Covid-19 serta segala sudut gelap yang perlu difahami.
Apa itu pandemik? Apakah virus Covid-19 sentiasa bermutasi? Apakah vaksin mampu tangani jangkitan? Semua persoalan mengenai wabak ini akan diulas, dikupas dan diberikan penjelasan.
RAMAI yang keliru dan 'pukul rata' bila bercakap mengenai ganja.
Namun di sebalik ciri-ciri negatif yang sering dikaitkan dengannya, ada spesis ganja yang terbukti mempunyai banyak manfaat khususnya dalam dunia perubatan.
Malam ini seorang penyelidik yang menjadikan tumbuhan itu sebagai subjek kajian tesisnya akan berkongsi pengetahuannya mengenai kanabis.
GARASI TV
LAGU seperti Salam Terakhir, Merisik Khabar, Terasing nyanyian Allahyarham Sudirman, Kau Merubah Segalanya (Fauziah Latiff) dan Sekadar Di Pinggiran (Francisca) adalah antara ratusan lagu ciptaannya yang kekal malar segar sehingga ke hari ini.
Pejuang irama muzik nusantara ini tidak pernah meletakkan noktah dalam perjuangannya walaupun lama menyepi dari radar dan lensa kamera.
Malam ini Garasi TV dengan bangganya membawakan anak jati Terengganu ini untuk berkongsi perjalanan seni beliau yang penuh warna itu.
Jangan lupa bersama komposer Manan Ngah, eksklusif dan hanya yang terbaik untuk anda!
KHAMIS | 12 Ogos | 9 MALAM
Strim Langsung di FB Garasi TV
#GarasiTV
4 years ago | [YT] | 127
View 6 replies
GARASI TV
IMUDA "PI MAI TANG TU" (PMTT) MAI GARASI TV.
Banyak kenangan jenaka mengisi memori rakyat Malaysia pada dekad 80an hingga 2000an.
Dengan 1,204 episod atau selama 17 musim, dunia Flat Seri Wangi mengisi dunia sitkom Malaysia mulai 1985 hingga 2004.
Kekal sebagai genre komedi TV paling berpengaruh dalam sejarah sitkom Malaysia - kita pasti teringat Budin @ Syed Al-Budin bin Syed Abu Bakar Al-Marigobok.
Pelawak Imuda (Abdul Rahim Muda) menjadikan nama Budin - pengutip botol dan suratkhabar lama - sebagai antara teras utama memeriahkan PMTT.
Kini Budin/Imuda - pelawak dan kartunis terkenal singgah di Garasi TV.
Jangan lupa tepat 9 Malam | Selasa | 10 Ogos 2021.
Streaming di FB Garasi TV !
#GarasiTV
4 years ago | [YT] | 183
View 22 replies
GARASI TV
Tiada kata secantik bahasa seindah kata, namun zaman kian berubah.
Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah pengalaman. Hari esok terus menjadi teka-teki.
Selamat datang 1443 Hijrah. Seiring perginya kenangan suka-duka, mari kita mewarnai tahun ini dengan harapan setinggi gunung.
#GarasiTV
4 years ago | [YT] | 115
View 4 replies
GARASI TV
LAPORAN akhbar mutakhir ini menunjukkan kombinasi lonjakan varian Delta dan kadar vaksinasi rendah menjadikan Asia Tenggara sebagai titik panas virus yang menyebabkan pasaran kewangannya mula merasai beban.
Di Malaysia sendiri, ketidaktentuan politik semasa menambahkan lagi risiko kepada penurunan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Bagi mengupas isu yang makin membarah ini, ahli ekonomi terkenal, Dr. Jomo K.S akan bersama Garasi TV untuk mengupas senario terkini yang menyelubungi ekonomi negara.
Jangan lupa temu janji kita bersama pakar lulusan PhD dari universiti terkenal dunia, Universiti Harvard, Amerika Syarikat ini.
Yang pasti, ini memang RARE brader!
AHAD | 8 OGOS | 9.00 MALAM
Streaming di FB Garasi TV !
#GarasiTV
4 years ago | [YT] | 110
View 1 reply
GARASI TV
WAKIL RAKYAT PALING LEJEN NAK KONGSI RAHSIA!
SELAMA 23 tahun menjadi wakil rakyat di Kuala Lumpur, Tan Sri Lee Lam Thye akan cukup diingati kerana tidak lekang dengan mesin taip Olivettinya.
Di dalam keretanya, ada pelbagai borang permohonan, borang aduan, kertas dan segala perkara bagi membolehkan beliau menyelesaikan segala permasalahan rakyat yang datang menemuinya.
Walaupun ketika itu beliau mewakili parti pembangkang, namun sikap profesional Lam Thye menyebabkan beliau sangat dihormati kawan dan lawan serta penjawat awam kerana sentiasa menggunakan kaedah diplomasi dalam menangani 1,001 perkara yang timbul di kawasan yang diwakilnya.
Kerajinan dan perkhidmatan 'luar biasa' yang beliau berikan menyebabkan setiap kali pilihan raya, majoriti undi yang Lam Thye peroleh mencecah ribuan dan 'paling liat' untuk ditewaskan!
Apa rahsia beliau? Kenapa beliau cukup disayangi para pengundinya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan itu?
Malam ini beliau akan kongsikan bersama anda di Garasi TV!
SABTU | 7 OGOS | 9.00 MALAM
Streaming di FB Garasi TV !
#GarasiTV
4 years ago | [YT] | 97
View 2 replies
GARASI TV
KRISIS PERLEMBAGAAN
Benarkah wujud krisis Perlembagaan antara kerajaan dan Istana?
Apakah wujud terma derhaka dalam Perlembagaan?
Bagaimana Perlembagaan berfungsi antara peranan kerajaan dan Istana.
Kita dengar penjelasan Pakar Perlembagaan dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UITM, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz.
RABU | 4 OGOS 2021 | 9 MALAM
Strim Secara Langsung Hanya di FB Garasi TV
#GarasiTV
4 years ago | [YT] | 79
View 3 replies
GARASI TV
MUNGKINKAH MALAM INI BAKAL MEREMANG BULU ROMA...
Anda dirasuk jin? Disantau? Terkena buatan orang? Kena mandrem?
Rawatan perubatan Islam menjadi pilihan bila berlakunya kejadian sebegini namun ia tidak terlepas daripada menerima pelbagai dakwaan, kritikan dan tohmahan.
Lebih parah, ada pengamal perubatan yang menggunakan amalan perdukunan (perbomohan) atau kaedah yang menyalahi tuntutan syariat itu sendiri.
Ikutan kupasan isu berkenaan malam nanti bersama Ustaz Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar yang akan membawa anda membongkar dan menyelami perkara yang cukup dekat dengan masyarakat kita pada hari ini.
Jangan lupa temujanji kita!
Khamis | 29 Julai 2021 | 9 Malam
Strim Secara Langsung Hanya di FB Garasi TV
#GarasiTV
4 years ago | [YT] | 90
View 4 replies
GARASI TV
EKSKLUSIF!
Pakar Virologi Antarabangsa, Prof. Dr Sazaly Abu Bakar berkongsi isu Covid-19 serta segala sudut gelap yang perlu difahami.
Apa itu pandemik? Apakah virus Covid-19 sentiasa bermutasi? Apakah vaksin mampu tangani jangkitan?
Semua persoalan mengenai wabak ini akan diulas, dikupas dan diberikan penjelasan.
Kita berkongsi demi kebaikan bersama.
SELASA | 20 JULAI 20201 | 9 MALAM
Stream hanya di FB #GarasiTV
4 years ago | [YT] | 165
View 22 replies
GARASI TV
RAMAI yang keliru dan 'pukul rata' bila bercakap mengenai ganja.
Namun di sebalik ciri-ciri negatif yang sering dikaitkan dengannya, ada spesis ganja yang terbukti mempunyai banyak manfaat khususnya dalam dunia perubatan.
Malam ini seorang penyelidik yang menjadikan tumbuhan itu sebagai subjek kajian tesisnya akan berkongsi pengetahuannya mengenai kanabis.
Jangan lupa temujanji kita!
1 Julai 2021 I 9 Malam
FB GARASI TV
4 years ago | [YT] | 190
View 22 replies
Load more