Studio AlFalah

π—π—˜π— π—”π—”π—› π—›π—”π—π—œ π—žπ—˜π— π—•π—”π—Ÿπ—œ π—žπ—˜π—₯π—”π—›π— π—”π—§π—¨π—Ÿπ—Ÿπ—”π—› π—¦π—˜π—§π—˜π—Ÿπ—”π—› π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π——π—œπ—•π—”π—ͺ𝗔 π—£π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š π—žπ—˜ 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 π—”π—œπ—₯

Dengan penuh rasa dukacita , dimaklumkan bahawa Hajah Asmah, jemaah haji yang sebelum ini selamat dibawa pulang ke tanah air untuk rawatan lanjut, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Tanjung Karang.

Pemergian beliau berlaku setelah segala ikhtiar perubatan terbaik yang diberikan oleh pasukan perubatan dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Walau beliau diuji dengan kesakitan yang berat, perjalanan terakhir Hajah Asmah pulang ke tanah air telah berlangsung dengan solidariti seluruh rakyat Malaysia.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran atas kehilangan yang amat besar ini.

Terima kasih sekali lagi buat rakyat Malaysia , membantu saya dalam misi membawa pulang Almarhumah Hjh Asmah. Sesungguhnya, usaha ini bukan sekadar misi membawa pulang, tetapi satu usaha bagi menyatukan keluarga yang telah terpisah , dan saya yakin ini yang menjadi kekuatan negara kita. Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Senator Dato' Dr. Naim Mokhtar
Mantan Menteri di JPM HEA

2 days ago | [YT] | 0

Studio AlFalah

Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Saya dan seluruh warga di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin.

Allahyarham merupakan seorang tokoh yang dihormati, berjiwa rakyat, serta sentiasa komited dalam khidmat bakti kepada negeri Sabah dan negara. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa, melipatgandakan segala amal soleh, dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

#MenteriAgama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja #RancakkanMadani #KalimahTayyibah #KerajaanMadani #PelanAlFalah #AlFalah

1 month ago | [YT] | 2

Studio AlFalah

2 months ago | [YT] | 3

Studio AlFalah

KES GISB HOLDINGS | Antara Jenayah Dan Aqidah

1 year ago | [YT] | 2

Studio AlFalah

Berkata Syeikh Ma'ruf Al-Karkhi (w200H):

"Sesiapa yang menyediakan makanan sempena majlis membaca Maulid Nabi mengumpulkan saudaranya, menyalakan lampu, memakai pakaian yang baru memasang bau yang wangi dan memakai wangi- wangian kerana membesarkan kelahiran Nabi, nescaya Allah akan mengumpulkannya pada hari kiamat bersama kumpulan yang pertama di kalangan nabi-nabi dan adalah dia berada di syurga yang teratas (Illiyyin)."

1 year ago | [YT] | 2

Studio AlFalah

Sudahkah muncul bibit-bibit ekstremisme dalam negara kita hari ini?

1 year ago | [YT] | 1

Studio AlFalah

Daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Menjelang kiamat nanti, hari banyak dipenuhi dengan al-Harj. Saat itu ilmu menjadi hilang dan kejahilan tersebar di mana-mana". Abu Musa berkata: "Al-Harj bermaksud pembunuhan menurut dialek orang Habsyi."Β (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Fitan, hadis no 7067)

Saksikan dokumentari pendek pertama kami tentang Al-Harj yang semakin berleluasa.

1 year ago | [YT] | 1