Siaran berita televisyen nombor 1 pilihan rakyat Malaysia dengan laporan-laporan diyakini hampir empat dekad daripada penyampai-penyampai dan wartawan-wartawan berpengalaman lagi berkredibiliti.
SUBSCRIBE kami untuk klip-klip berita terkini, sahih dan komprehensif serta untuk tidak ketinggalan menonton siaran-siaran penstriman langsung penting dari seluruh negara.
Layari juga laman web rasmi www.buletintv3.my/ untuk artikel-artikel berita semasa tanpa henti.
LUMI - bit.ly/3ZhzNBm
Buletin TV3
NASIONAL | Jumlah kes penyelewengan petrol RON95 menunjukkan trend penurunan sejak pelaksanaan penyasaran subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata perkara itu dikesan berdasarkan data hasil pemantauan dan operasi penguatkuasaan di seluruh negara.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #BUDI95 #selewengpetrol #RON95
Berita penuh di www.buletintv3.my/nasional/kes-seleweng-petrol-ron…
8 hours ago | [YT] | 234
View 0 replies
Buletin TV3
MAHKAMAH | Mahkamah Majistret Ipoh menjatuhkan hukuman denda RM5,000 masing-masing terhadap dua lelaki atas kesalahan menyamar sebagai pegawai polis dan meminta rasuah daripada dua remaja.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #menyamarpolis #mintarasuah #mahkamah
Berita penuh di www.buletintv3.my/mahkamah/dua-lelaki-didenda-rm50…
9 hours ago | [YT] | 482
View 0 replies
Buletin TV3
MAHKAMAH | Sabitan dan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah hingga koma terhadap isterinya yang hamil, empat tahun lalu, dikekalkan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #pukulisteri #koma #peniaga #mahkamah
Berita penuh di www.buletintv3.my/mahkamah/pukul-isteri-hamil-hing…
9 hours ago | [YT] | 120
View 0 replies
Buletin TV3
HUKUMAN FIFA | Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap pemain-pemain terlibat tidak berasaskan undang-undang, malah dilihat bermotifkan politik.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #FAM #FIFA #pemainwarisan #hukuman #TunkuMahkotaIsmail
Berita penuh di www.buletintv3.my/sukan/tunku-mahkota-ismail-dakwa…
10 hours ago (edited) | [YT] | 378
View 0 replies
Buletin TV3
NASIONAL | Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) kini dalam proses memuktamadkan peraturan baharu yang mewajibkan pemasangan tanda pengenalan pada ternakan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata semua ternakan terbabit akan direkodkan dalam pangkalan data kebangsaan DVS bagi memudahkan pengesanan pemilik dan lokasi premis sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang atau kemalangan.
#BuletinTV3 #DVS #tandapengenalan #lembu #haiwanternakan
Berita penuh di www.buletintv3.my/nasional/dvs-mahu-wajibkan-tanda…
19 hours ago | [YT] | 297
View 0 replies
Buletin TV3
NASIONAL | Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan jumlah pekerja asing di negara ini telah mencatatkan penurunan kepada bawah 300,000 orang berbanding 600,000 orang pada masa lalu.
#BuletinTV3 #pekerjaasing #penurunan
Berita penuh di www.buletintv3.my/nasional/jumlah-pekerja-asing-ca…
19 hours ago | [YT] | 133
View 0 replies
Buletin TV3
MAHKAMAH | Mahkamah Tinggi menganugerahkan RM7.4 juta kepada seorang lelaki sebagai ganti rugi dalam saman kecuaian perubatan yang difailkan terhadap sebuah hospital kerajaan dan beberapa doktornya.
#BuletinTV3 #gantirugi #cacatkekal #cuai #hospital
Berita penuh di www.buletintv3.my/mahkamah/pemuda-terima-ganti-rug…
20 hours ago | [YT] | 271
View 0 replies
Buletin TV3
ISU 7 PEMAIN WARISAN | Jawatankuasa Rayuan FIFA hari ini mengekalkan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain yang terlibat dalam isu pemalsuan dokumen kewarganegaraan.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan FIFA, jawatankuasa itu memaklumkan keputusan rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan pemain-pemain terbabit telah ditolak selepas sesi pendengaran dijalankan.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #FAM #FIFA #pemainwarisan #hukuman
Berita penuh di www.buletintv3.my/sukan/terkini-rayuan-fam-ditolak…
1 day ago | [YT] | 1,087
View 0 replies
Buletin TV3
MAHKAMAH | Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengabaikan anak sulungnya.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #Mahkamah #ZaynRayyan #PengabaianKanakKanak #Ismanira
Berita penuh di www.buletintv3.my/mahkamah/ibu-zayn-rayyan-fail-ra…
1 day ago | [YT] | 56
View 0 replies
Buletin TV3
ISU 7 PEMAIN WARISAN | Jawatankuasa Siasatan Bebas (JSB) yang ditubuhkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyiasat kes Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melibatkan tujuh pemain warisan, dijangka menyiapkan laporan penuh dalam tempoh enam minggu.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #pemainwarisan #hukumanFIFA #laporan #HarimauMalaya
Berita penuh di www.buletintv3.my/sukan/isu-7-pemain-warisan-lapor…
1 day ago | [YT] | 187
View 0 replies
Load more