Akademi Youtuber

Hashtag #Sendirian Kita Biasa, Bersama Kita Luar Biasa menjadi pemangkin semangat kepada sukarelawan Akademi Youtuber (AYU) yang terdiri dalam kalangan guru-guru dari seluruh Malaysia yang telah mencecah seramai lebih 10,000 orang. Penubuhan AYU hanya bermula daripada idea luar biasa seorang guru biasa iaitu Cikgu Muhammad Suffi Bin Yusof dari Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut. Seterusnya, program hebat ini memulakan langkah pertama dengan mewujudkan team ekslusif yang dibantu oleh Cikgu Zuly Rahimie Bin Zulkifli dari Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih,Semenyih dan Cikgu Mamat Solleh Bin Ismail dari SMK Kota Samarahan, Kuching. Perjuangan mereka bukan mudah, ibarat menongkah arus. Namun demi meneruskan agenda, perjuangan tetap diteruskan, biar berpatah arang, berkerat rotan. Maklumat lanjut : www.akademiyoutuber.com/p/perihal-akademi-youtuber…