Platform penceritaan isu semasa yang dihoskan oleh Nik Nazmi dan Nani Roslan.

Lebih Masa menumpukan kepada isu-isu semasa dan alam sekitar, yang menekankan nilai-nilai progresif dan kelestarian.

Lebih Masa menghidangkan video dalam siri audiosiar Lebih Masa dan siri vlog Terlebih Masa.

Ikuti Lebih Masa untuk mendengar ulasan tajam tapi santai bersama tetamu undangan.


Lebih Masa

Daripada anak petani ke bekas Editor Kanan. Kisah sebenar dunia media, tekanan di newsroom dan cerita PRU14 yang jarang didedahkan.

Lebih Masa Episod 63 bersama Kamarul Bahrin Haron.
Isnin, 5 Januari jam 9.00 malam.

1 day ago | [YT] | 57

Lebih Masa

Politik bukan sekadar perbahasan di Dewan Rakyat. Dalam Terlebih Masa Episod 4, Nik Nazmi turun ke padang bersama pasukan Members of Parliament Malaysia FC menentang pasukan diplomat Afrika, membuktikan perbezaan pandangan tidak menghalang semangat kebersamaan. Apabila sukan menjadi bahasa penyatuan, kerjasama merentasi parti dan negara dapat dirasai.

Saksikan Terlebih Masa Episod 4 di YouTube Lebih Masa, Isnin ini, 29 Disember jam 9.00 malam.

1 week ago | [YT] | 45

Lebih Masa

2025 bukan tahun yang sederhana.
Dalam Episod 62 Lebih Masa, Nik Nazmi dan Nani Roslan berkongsi refleksi perjalanan setahun lalu merangkumi kerjaya, keputusan besar, dinamika politik, tekanan ekonomi rakyat dan cabaran menjelang 2026.

Sertai perbualan reflektif ini malam ini, jam 9:00 malam di semua platform audio siar.

2 weeks ago | [YT] | 45

Lebih Masa

Episod terbaharu Lebih Masa kembali malam ini bersama Nik Nazmi & Nani Roslan.
Daripada prestasi Malaysia di Sukan SEA Bangkok 2025, polemik UEC yang sering disalahertikan, hinggalah persoalan besar tentang rombakan Kabinet apa yang menjadi dan apa yang mengecewakan?

Turut dibincangkan: cadangan larangan media sosial kepada kanak-kanak bawah 16 tahun dan ketegangan semula Thailand–Kemboja.


Khamis, 18 Disember | 9:00 malam

2 weeks ago | [YT] | 56

Lebih Masa

Daripada latar belakang Matematik Aktuari dan dunia peragaan, Melissa Tan memilih jalan kelestarian sebagai pendukung gaya hidup sifar sisa dan aktivis fesyen lestari.

Dalam Lebih Masa Episod 60, perbincangan menyentuh hubungan alam sekitar dan fesyen, peranan media serta persoalan besar sama ada Malaysia bersedia untuk mengarusperdanakan gaya hidup hijau.

🎧 Bersiaran Khamis, 15 Disember, jam 9.00 malam

3 weeks ago | [YT] | 41

Lebih Masa

Malam ini, Lebih Masa menampilkan episod “3 Nasihat Ustaz Hasrizal jika Nik Nazmi jadi Menteri Pendidikan.”

Diskusi tentang hala tuju pendidikan, peranan guru dan cabaran membina sistem yang benar-benar mendidik jiwa.

Tonton 9 malam ini di saluran Youtube Lebih Masa

3 weeks ago (edited) | [YT] | 80

Lebih Masa

Kerajaan bertukar, tetapi adakah reformasi berjalan seperti dijanjikan?
Faisal Aziz jawab terus isu gred kerajaan dan pembangkang, pendanaan politik, peruntukan pembangkang dan kebebasan institusi.

Episod penuh Isnin, 8 Disember, jam 9 malam.

4 weeks ago (edited) | [YT] | 50

Lebih Masa

Seorang jururawat muda dari Perak, kemudian menjadi Ahli Parlimen Bentong.
Keputusan menyertai DAP mengubah seluruh hidupnya.
Dalam episod baharu Lebih Masa, Young Syefura berkongsi cabaran, kecaman dan idealisme yang membentuk perjuangannya hari ini.

Tonton episod penuh yang akan disiarkan pada Isnin, 1 Disember, jam 9.00 malam.

1 month ago | [YT] | 97

Lebih Masa

Jika sokong Nik Nazmi potong rambut, subscribe channel Youtube Lebih Masa di youtube.com/@lebihmasa menjelang 1 Disember 2025

1 month ago | [YT] | 162

Lebih Masa

Dalam Episod 55 Lebih Masa, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkongsi perjalanan kepimpinan yang menggabungkan perubatan, kemanusiaan dan diplomasi global.

Daripada pengalaman hampir maut di Iraq hingga isu mendesak seperti Gaza dan peralihan tenaga negara, episod ini menampilkan analisis bernas tentang masa depan kesihatan awam dan perubahan iklim.

Tonton penuh pada 27 November, 9.00 malam.

1 month ago | [YT] | 26