Dunia Muzik Warner Malaysia

Nak lagu kegemaran anda di sini? Komen di video kami! Barulah kita tau geng, jom enjoy muzik Warner!

Koleksi lagu atau playlist artis kesukaan anda sememangnya di sini! Jangan lupa subscribe dan 'on' notification!


Dunia Muzik Warner Malaysia

Petang2 ni best juga layan kompilasi dari Sweet Charity kan? Ada yang pernah layan live show lagu2 ni? Share di ruangan comment ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://youtu.be/RBYUET6zYh0?si=7w_qd...

4 days ago | [YT] | 29

Dunia Muzik Warner Malaysia

Kumpulan Raihan (RAIHAN) ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 24 September 1968 - 29 September 2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Md Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.

Dengarkan antara lagu Raihan yang hits :
https://youtu.be/TZT-MqiSB1csi=bRlT3EzV3sl2WCmM

5 days ago | [YT] | 955

Dunia Muzik Warner Malaysia

Al Kisah Masdo Sepuloh Tahun!

Buat pertama kali, Masdo akan mengadakan Konsert 10 Tahun mereka di venue terbaru - Idea Live Arena yang baru sahaja dibuka kepada orang ramai!

Jangan lupa untuk dapatkan pre register di www.hitmanlive.com sekarang untuk early bird price!

๐Ÿ—“ 30 Ogos 2025
๐Ÿ“ Idea Live Arena KL @ 3 Damansara
๐ŸŒ www.hitmanlive.com

#Masdo10Tahun #ThrowbackMasdo #DuluKiniSelamanya #ALKISAHMASDO 10TAHUN #JanganCakapTakMasdo #HitmanSolutions

6 days ago | [YT] | 89

Dunia Muzik Warner Malaysia

Kumpulan Iklim merupakan sebuah kumpulan Rock menjadi fenomena yang bermula pada tahun 1985; terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia pada sekitar tahun 90'an. Iklim terbentuk secara rasmi pada tahun 1990 dan menyanyikan lagu-lagu Melayu bergenre Rock dan Slow Rock. Iklim menjadi siulan zaman itu kerana popular dengan lagu โ€œ Suci Dalam Debu โ€œ. Hingga kini lagu iklim sentiasa putar dicorong radio.

Subscribe channel Dunia Muzik Warner Malaysia
sekarang!

1 week ago | [YT] | 931

Dunia Muzik Warner Malaysia

Salah satu concert legend! Konsert Battle of the Bands yang diadakan di Dewan Persatuan Hokkien, Klang pada 4 September 1986. Promoter konsert ini adalah Ali Bakar dari Box Office Malaysia dan penaja utama ialah Salem. Fenomena muzik rock adalah mainstream hiburan negara era 1980an. Kumpulan yang mengadakan persembahan ketika itu ialah Ella & The Boys, Lefthanded, SYJ, Bloodshed dan Rahim Maarof and The White Steel. Ketika itu dewan ini masih belum ada penghawa dingin.

1 week ago | [YT] | 768

Dunia Muzik Warner Malaysia

Antara lagu Ella yang menjadi siulan hingga ke Indonesia. โ€œKu belayar di lautan~โ€ฆ.โ€ Sambung~

Full Song:
https://youtu.be/Pi1uC0UTl0c?si=bvrza...

1 week ago | [YT] | 10

Dunia Muzik Warner Malaysia

Hajah Nor Zila binti Haji Aminuddin atau lebih dikenali dengan nama Ella (lahir 31 Julai 1966) ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon wanita Malaysia. Wajahnya seiras penyanyi asal ABBA, Agnetha Fรคltskog dan Connie Francis. Dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang, kerjayanya bermula pada 1983 sewaktu berusia 17 tahun dengan menyertai kumpulan Moonracker sebelum meninggalkan kumpulan itu dan bergiat aktif sebagai penyanyi di kelab malam. Selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi kelab malam, bakatnya dikesan oleh sebuah kumpulan rock, The Boys yang akhirnya dikenali sebagai Ella & The Boys yang mana mereka terkenal menerusi lagu "Dua Insan Bercinta".

Playlist Konser Jilid Akhir Ella:
https://youtu.be/HIb174GuJ7Y

1 week ago | [YT] | 570

Dunia Muzik Warner Malaysia

Datuk Ramli bin Sarip (lahir 15 Oktober 1952) merupakan penyanyi lelaki Singapura. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sweet Charity sebagai vokalisnya dan kini lebih terkenal sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau dikenali peminatnya sebagai "Papa Rock". Beliau telah menghasilkan 9 album bersama kumpulan Sweet Charity dan kemudiannya 8 album secara solo.

Antara lagu hit beliau :
https://youtu.be/SuqahcEf3wE?si=RKmrq...

2 weeks ago | [YT] | 281