I am a person who loves to travel. Loves to drive long distances. Explore a new things & new place. Love automotive. A fan of hard rock & metal music. A tour operator. Some here are personal collections, tips related to houses and cars, interesting tourist locations, songs, wonders of the world, travelog and also videos related to travel & tours services.

www.facebook.com/FieroseVentures/


Fierose Channel

Satun, merupakan antara wilayah paling selatan di Thailand selain Songkhla, Yala dan Narathiwat. Wilayah yang bersempadan dengan negeri Perlis ini merupakan sebahagian dari kerajaan Kedah suatu ketika dulu. Generasi awal dan pertengahan di wilayah ini sebahagiannya masih mampu berbahasa Kedah, namun kebanyakan (majoriti) dari mereka berbahasa Thai. Pintu sempadan paling hampir untuk ke Satun ialah Wang Kelian. Namun, anda boleh menggunakan pintu sempadan Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Anda boleh melihat Pulau Langkawi dengan jelas dari Jeti Tammalang hingga ke Pakbara. Di Satun terletak gugusan kepulauan dengan laut yang cantik serta terumbu karang yang masih terpelihara. Gelaran Maldives of Thailand kepada Koh Lipe memberi gambaran kepada anda bahawa pulau-pulau di Satun merupakan antara pulau-pulau tercantik di Thailand.

Tidak seperti di Hatyai, Satun bukanlah tempat untuk anda membeli-belah sepuasnya. Namun, anda masih boleh membeli buah tangan, aneka juadah dan makanan tradisional tempatan. Pastinya sesuatu yang menarik jika anda menikmati laksa, rojak dan pelbagai masakan tradisional melayu di luar Malaysia. Tidak kurang untuk anda melawat tempat-tempat bersejarah, unik dan pemandangan yang cantik untuk diabadikan oleh lensa kamera anda. Antara keunikan di Satun ialah air terjun batu kapur Wang Sai Thong. Air terjun di batuan lembut dengan air jernih ini memberikan pemandangan luarbiasa serta suasana damai. Anda boleh menikmati kesejukan air terjun ini dengan bermandi-manda. Tiket masuk ialah THB200 untuk dewasa dan THB100 untuk kanak-kanak. Caj parkir pula THB60 untuk kereta. Anda juga boleh membuat aktiviti berkayak dan water rafting di sini di beberapa lokasi. Tidak jauh dengan Wang Sai Thong, anda boleh melawat taman bunga matahari di sebalik bukit batu kapur dan tasik kecil. Untuk tahun 2025, bunga di sini kembang mekar bermula hujung bulan Februari hingga April. Anda juga boleh melawat gua-gua, tepian pantai, beberapa viewpoint, dan restoran-restoran dengan suasana cantik untuk aktiviti makan-makan dan bergambar bagi melengkapi lawatan anda ke Satun selain mengambil pakej Island Hopping dan santai-santai bermandi-manda di swimming pool di hotel. Bandar La-Ngu serta bandar Satun sendiri tak kurang untuk anda membeli-belah dan mencari buah tangan untuk dibawa balik.

Untuk sebarang pertanyaan dan lawatan ke Satun boleh 👇👇👇

Whatsapp: 011-6560 0265

www.facebook.com/FieroseVentures

#privatetrip
#malaysiathailand
#privatetransportation
#satunthailand
#pakbara
#satun
#tripthailand
#yourtrustedtravelbuddies

1 year ago | [YT] | 0

Fierose Channel

Alhamdulillah. Today unlocked New Features... Yeayyyy... Thanks to all Subscriber & Supporter. For the first post, I will share one of the interesting place in Bagan Datuk, Perak. Video will be shown later...

3 years ago | [YT] | 0